Mengadakan majlis atau acara sering kali memerlukan perancangan yang rapi, terutamanya apabila melibatkan penyediaan makanan. Ramai yang mencari hidangan yang mudah disediakan tetapi tetap sedap dan mampu memikat hati tetamu.
Dalam artikel ini, kami kongsikan lima jenis makanan ringkas tetapi sedap yang sesuai untuk sebarang majlis, sama ada majlis perkahwinan, ulang tahun, kenduri kecil, atau jamuan korporat.
Jika anda tidak sempat menyediakan sendiri, terdapat juga pilihan untuk tempahan tempahan seperti sandwich, creampuff, kek, atau puding untuk memudahkan urusan anda.
1. Sandwich
Sandwich merupakan makanan ringkas yang tidak pernah mengecewakan. Hidangan ini sangat sesuai untuk majlis kecil mahupun besar kerana ia mudah disediakan dan boleh dipelbagaikan isinya.
Antara pilihan inti yang popular adalah:
- Telur hancur dengan mayonis
- Tuna dengan salad
- Ayam (chicken slice)
- Keju dan tomato
Sandwich juga boleh dihias dengan cara menarik seperti dipotong menjadi bentuk segi tiga kecil atau gulungan mini. Ini menjadikannya lebih mudah dimakan oleh tetamu tanpa perlu sudu dan garfu.
Jika anda sibuk dan tidak sempat menyediakannya sendiri, terdapat banyak perkhidmatan katering yang menawarkan tempahan sandwich untuk majlis anda.
2. Creampuff
Creampuff ialah sejenis kuih pastri yang lazat dan sering menjadi kegemaran ramai. Dengan tekstur kulit yang lembut dan isi krim yang manis, ia adalah pilihan yang sempurna untuk pencuci mulut atau snek ringan. Creampuff juga boleh dihias dengan pelbagai topping seperti coklat cair atau serbuk gula untuk menambah keistimewaannya.

Tahukah anda, creampuff atau dalam bahasa Perancis disebut choux à la crème adalah sejenis pastri yang berasal dari Perancis. Creampuff dipercayai sudah wujud sekitar abad ke-16.
Adunan choux pastry dicipta oleh tukang masak Itali, Panterelli, yang bekerja untuk Catherine de’ Medici, isteri kepada Raja Henry II dari Perancis.
Bagi mereka yang tidak mempunyai masa untuk membuat sendiri, anda boleh memilih untuk membuat tempahan creampuff.
Perkhidmatan tempah creampuff biasanya menyediakan pelbagai saiz dan perisa yang sesuai dengan tema majlis anda. Sama ada anda inginkan creampuff klasik dengan krim vanila atau yang lebih unik seperti perisa durian, semuanya boleh ditempah mengikut citarasa.
3. Buttercake
Buttercake adalah kek klasik yang tidak pernah lapuk dek zaman. Ia terkenal kerana teksturnya yang lembut, rasa mentega yang kaya, dan aromanya yang menggoda.
Buttercake sesuai untuk pelbagai jenis acara kerana ia boleh disajikan sebagai kek utama atau dipotong kecil untuk dijadikan snek ringan.

Anda boleh memilih untuk menghias buttercake mengikut tema majlis, sama ada dengan krim mentega, fondant, atau sekadar serbuk gula sebagai sentuhan minimalis.
Jika anda tidak mahu bersusah payah membuat sendiri, perkhidmatan tempah kek boleh membantu anda mendapatkan buttercake yang sempurna.
Terdapat banyak pilihan tempahan kek di luar sana yang menawarkan pelbagai reka bentuk dan perisa, termasuk kek butter yang klasik.
4. Puding
Puding ialah satu lagi pilihan makanan yang mudah tetapi sedap. Hidangan ini sangat sesuai sebagai pencuci mulut, terutama dalam cuaca panas. Antara jenis puding yang popular adalah:
- Puding buah
- Puding karamel
- Puding roti
- Puding jagung
- Puding susu
Puding juga mudah dihidangkan dalam cawan kecil atau mangkuk individu, memudahkan tetamu menikmatinya dengan selesa.
Jika anda ingin memastikan puding yang disediakan benar-benar berkualiti dan sedap, anda boleh tempah puding daripada pembekal atau bakeri yang menawarkan pelbagai pilihan puding segar.
Perkhidmatan tempah puding ini biasanya menyediakan penghantaran terus ke lokasi majlis anda.
5. Popia Sira
Popia sira ialah hidangan tradisional yang semakin popular dalam pelbagai majlis. Dengan kulit popia yang rangup dan salutan sira manis pedas, ia menjadi pilihan snek yang pasti disukai ramai.

Popia sira ini juga mudah dimakan, menjadikannya sesuai untuk majlis yang tidak formal seperti rumah terbuka atau jamuan santai.
Popia sira boleh disediakan dengan pelbagai inti seperti sayur-sayuran, ayam, atau udang. Bagi mereka yang ingin menambah variasi, anda juga boleh menambah bijan atau kacang tanah tumbuk di atas popia sira sebagai hiasan.
Jika anda tidak sempat menyediakan sendiri, banyak peniaga tempatan menawarkan popia sira siap dengan rasa yang autentik.
Tahukah anda, popia, atau spring rolls, dipercayai berasal dari China lebih daripada 1,000 tahun lalu semasa era dinasti Tang. Ia pada asalnya dihidangkan semasa perayaan Festival Musim Bunga, di mana gulungan nipis diisi dengan sayur-sayuran segar melambangkan kedatangan musim bunga.
Kenapa Pilih Makanan Ringkas untuk Majlis?
Hidangan ringkas seperti yang disenaraikan di atas bukan sahaja mudah disediakan tetapi juga menjimatkan masa dan kos. Selain itu, makanan ini biasanya sesuai untuk semua peringkat umur, dari kanak-kanak hingga warga emas.
Tambahan pula, jika anda memilih untuk membuat tempahan seperti tempahan creampuff atau tempah kek, anda boleh fokus pada aspek lain dalam penganjuran majlis tanpa perlu risau tentang makanan.
Tips Memilih Perkhidmatan Tempahan Makanan
Jika anda memutuskan untuk tempah makanan untuk majlis anda, berikut adalah beberapa tips penting:
1. Semak Ulasan (Review) Pelanggan: Pastikan perkhidmatan tersebut mendapat ulasan yang baik daripada pelanggan sebelumnya seperti testimoni atau maklumbalas positif.
2. Pilih Mengikut Tema: Pastikan makanan yang ditempah sesuai dengan tema majlis anda.
3. Pastikan Kualiti dan Kesegaran: Pilih penyedia makanan yang menggunakan bahan-bahan segar dan berkualiti.
4. Bandingkan Harga: Jangan lupa untuk membandingkan harga daripada beberapa penyedia perkhidmatan.
Buat Pilihan yang Tepat
Dengan memilih makanan ringkas tetapi sedap seperti sandwich, creampuff, buttercake, puding, dan popia sira, anda dapat memastikan tetamu anda berpuas hati tanpa perlu bersusah payah.
Sama ada anda ingin menyediakan sendiri atau memilih perkhidmatan tempahan seperti tempahan creampuff, tempah puding, atau tempah kek, pastikan anda merancang dengan baik agar majlis anda berjalan lancar.
Cubalah idea makanan ini untuk majlis anda yang seterusnya dan nikmati kemudahan serta kesedapannya!
Perlukan menu ringkas dan sedap untuk majlis anda? Klik di sini untuk hubungi kami.
One thought on “5 Makanan Ringkas tetapi Sedap untuk Majlis & Acara”